Friday, September 11, 2009
Jom Sahabat-Sahabat Pakat Pergi Belaka!!!
Friday, August 28, 2009
Thursday, August 27, 2009
Makluman : JADUAL PEPERIKSAAN TASFIAH ( SEPTEMBER 2009 )
TAHUN EMPAT SYARIAH ISLAMIAH SESI 2008/2009
UNIVERSITI AL-AZHAR DAMANHUR
Hari : Sabtu 05/09/2009
Madah :
1. Qawaid Fiqh – Waktu 10 pagi hingga 1 petang – 3 jam
2. Usul Fiqh ( Tahun 3 ) - Waktu 10 pagi hingga 1 petang -3 jam
3. Qodhoya Fiqhiyyah ( Tahun 3 ) - Waktu 10 pagi hingga 1 petang - 3 jam
Hari : Ahad 06/09/2009
Madah :
1. Al-Quran- Waktu 10 pagi hingga 12 tengahari- 2 jam
2. Tafsir Ayat Ahkam - Waktu 10 pagi hingga 1 petang – 3 jam
3. Qoah Bahas ( Qodhoya & Qawaid Fiqh ) - Waktu 10 pagi hingga 1 petang – 3 jam
Hari : Isnin 07/09/2009
Madah :
1. Lughah Arabiah - Waktu 10 pagi hingga 1 petang – 3 jam
2. Hadis Ahkam - Waktu 10 pagi hingga 1 petang – 3 jam
3. Qodhoya Fiqhiyyah - Waktu 10 pagi hingga 1 petang – 3 jam
Hari : Selasa 08/09/2009
Madah :
1. Al-Quran ( Tahun 1 ) - Waktu 10 pagi hingga 12 tengahari- 2 jam
2. Al-Quran ( Tahun 2 ) - Waktu 10 pagi hingga 12 tengahari- 2 jam
3. Al-Quran ( Tahun 3 ) - Waktu 10 pagi hingga 12 tengahari- 2 jam
4. Fiqh Muqaran - Waktu 10 pagi hingga 1 petang – 3 jam
Hari Rabu 09/09/2009
Madah :
1. Fiqh – Waktu 10 pagi hingga 1 petang – 3 jam
2. Lughah Arabiah ( Tahun 3 ) – Waktu 10 pagi hingga 1 petang – 3 jam
3. Fiqh ( Tahun 3 ) – Waktu 10 pagi hingga 1 petang – 3 jam
4. Lughah Arabiah ( Tahun 2 ) - Waktu 10 pagi hingga 1 petang – 3 jam
5. Miras ( Tahun 3 ) - Waktu 10 pagi hingga 1 petang – 3 jam
Hari Khamis 10/09/2009
Madah : 1. Usul Fiqh - Waktu 10 pagi hingga 1 petang – 3 jam
**PEPERIKSAAN SYAFAWI DAN TA’YIN PADA 13 /09/2009 ( AHAD )
-SILA BAWA KERNEH PEPERIKSAAN DAN TEPATI MASA YANG DITETAPKAN.
-DATANG LEBIH AWAL SEBELUM PEPERIKSAAN BERMULA.
-SEARANG MASALAH SILA RUJUK UPEP @ SYUUN.
-UNTUK JADUAL YANG LEBIH JELAS UNTUK SIMPANAN SILA DAPATKAN DI MAKTABAH JAMIAH.
-JAGA KESIHATAN DENGAN SEBAIKNYA.
SELAMAT MEMBACA DAN SELAMAT MENEMPUH IMTIHAN TASFIAH KEPADA SAHABAT-SAHABAT TAHUN EMPAT…SEMOGA SEMUA DIBERKATI ALLAH SWT.AMIN YARABBAL A’LAMIN.
Aktiviti : Jom Sertai Program Ihya' Ramadhan
Tazkirah : RASAILAH KELAZATAN BULAN RAMADHAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, syukur dipanjatkan kerana dengan rahmat-Nya kita masih diberi pinjaman umur untuk melalui gerbang agung Ramadhan. Saban tahun kita telah melalui gerbang ini dengan setitis amalan yang tidak pasti diterima atau tidak. Adalah menjadi kerugian yang besar jikalau peluang yang Allah berikan kali ini untuk sekali lagi melalui gerbang agung ini kita hanya sekadar menoleh tanpa benar-benar merasai kelazatan bulan yang mulia ini.
RAHMAT SUNGGUH BULAN RAMADHAN
Beberapa bulan sebelum tibanya bulan ini, manusia sudah bertungkus-lumus mempersiapkan diri dengan amalan soleh. Mereka memperbanyakkan amalan sunat, menyelesaikan puasa-puasa ganti, memperelok dan menghiasi masjid-masjid.
Bagi yang berkemampuan mereka mula menyediakan peruntukan untuk menyediakan “Maidah Rahman” yang cukup terkenal di Bumi Anbia’ ini. Keadaan ini sebenarnya cukup memberi kesan dan melahirkan harapan yang cukup besar bagi fakir miskin. Tidak lama lagi terbukalah pintu rezeki dan melimpah-ruahlah rahmat Allah S.W.T melalui hamba-hamba-Nya yang bertaqwa dan ahli dermawan. Syukur tak terhingga kerana Ramadhan akan tiba lagi.
Bulan yang penuh dengan rahmat, keampunan dan pembebasan dari azab neraka menjanjikan suatu aset pahala yang tak tertanding nilainya. Manakan tidaknya ganjaran pahala pada bulan ini secara langsung akan berlipat kali ganda. Alangkah beruntung bagi orang yang pancainderanya dapat melihat dan merasa pahala yang melimpah-ruah.
HAYATI DAN FAHAMI AL-QURAN
Seluruh alam juga akan senyap seolah-olah air yang mengalir tenang apabila umat manusia keseluruhan sedang membaca kalam Allah yang indah. Itulah antara rahmat agung dalam bulan ini. Seharusnya kita semua perlu melazimi bacaan ayat suci Al-Quran serta menghayati maknanya.
Jika sebelum ini kita sudah melazimi bacaan Al-Quran, pada bulan Ramadhan ini kita perlu tingkatkan lagi usaha untuk khatam Al-Quran serta terjemahannya. Nilai tambah ini amat perlu bagi kita kerana kitab suci Al-Quran bukan sahaja untuk dibaca semata-mata bahkan dituntut kepada kita supaya memahami isi kandungannya.
Allah S.W.T berfirman:
HIDUPKAN RAMADHAN DENGAN IBADAH
Kemeriahan bulan ini tidak akan terasa tanpa amal ibadah yang bersungguh-sungguh. Marilah kita pastikan bahawa bulan Ramadhan ini adalah Ramadhan yang terbaik bagi kita kerana kita tidak mengetahui ajal yang mendatang. Jikalau Ramadhan ini adalah yang terakhir, maka usahakan beribadah pada bulan ini terutama malam Al-Qadr yang ganjaran pahalanya seperti beramal selama seribu bulan.
Pada malamnya diisi dengan solat terawih, kemudian dengan amalan qiamullail, bersahur dan berbuka puasa manakala di waktu siang pula penahanan diri zahir dan batin dari perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T. menjadikan bulan Ramadhan adalah suatu bulan yang cukup indah.
Rasulullah S.A.W bersabda:
Oleh yang demikian, marilah wahai sahabat ayuh kita mempertingkatkan amal ibadah, tinggalkan kemaksiatan. Jadikanlah Madrasah Ramadhan ini medan yang terbaik bagi kita memusatkan amal ibadah untuk setahun yang mendatang. Semoga kita menjadi hamba-Nya yang bersyukur.
عن انس بن مالك رضى الله عنه قال: قال النبى صلى الله عليه وسلم :
((تسحروا, فان فى السحور بركة )) صحيح البخارى. رقم :1923
Friday, August 21, 2009
MARHABAN YA RAMADHAN
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DENGAN PENUH KETABAHAN SERTA KEIKHLASAN….
Thursday, August 20, 2009
Makluman Terkini : Ahli Jawatankuasa Tadbir Dewan Perwakilan Mahasiswa Damanhur 2009/2010


































